>>Pertama kali buat kuih sagu guna pewarna hijau dari pes daun pandan......biasanya guna pewarna merah & esen vanila je,saya dapat resepi ni dari kawan fb juga,KAK KAM,yg nyatanya seorang yg x lokek ilmu.....terima kasih kak kam. Ternyata aroma daun pandan asli lebih memikat selera jika di bandingkan dengan yg instant dari dlm botol.....di gaul pula dengan kelapa muda...perghhhhhhhhhh...syokkkkkkkkkkk....hehe.<<
>>Kuih sagu mata ikan yg baru masak,cantik hijaunya.......tunggu dia sejuk dulu baru boleh potong & gaulkan ngan kelapa parut putih.....ni la kuih sarapan keluarga izzah di pagi jumaat yg indah ini........<<
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan sagu biji mata ikan* (basuh bersih,toskan airnya)3/4 cawan gula perang*
2 cawan air*
3 helai daun pandan* (basuh bersih,hiris kasar & blend dengan sedikit air biar pekat,tapis & ambil jusnya)
1/4 penutup pewarna hijau*
kelapa putih parut + sedikit garam(gaul rata2,masukkan dlm loyang,kukus sekejap,elak dari cpt basi)
2 helai daun pandan(koyak koyakkan,masukkan dlm air kukusan)
CARA-CARA:-
Jerang pengukus sehingga mendidih.
- Masukkan bahan bertanda* dalam 1 mangkuk,gaulkan hingga rata.
- Jerang bahan2 diatas api sederhana sehingga separuh masak.
- Masukkan pula ke dalam loyang yg telah di sapu sedikit minyak.
- kukus lah selama 30-40 minit @ sehingga kuih betul2 masak.Sejukkan.
- Potong kuih dan golek golekkan dalam kelapa yg yelah di kukus sedikit tadi.
- sedap di nikmati semasa minum pagi @ minum petang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan