Masa nak buat kek ni,duk berkira kira,camana nak olah kek ni supaya x nampak O macam kek pisang yg biasa kita buat,alih2 datang idea,nak guna resepi kek pisang biasa,tp dekonya izah ikut cara kek alunan kasih yg selalu kawan2 buat tu....mulanya risau gak,takut lah x menjadi......tapi Alhamdulillah rupanya x sia sia....
BAHAN-BAHAN:-
250 gm tepung kek superfine/superwhite*
1 Camt soda bicarbonate*
{Ayak bahan bertanda *}
1 camt ovalette
3/4 cawan gula castor{izah guna 1/2 cawan je}
5 biji telur
1/2 cawan planta{izah guna buttercup}*
1/2 cawan minyak jagung{izah guna minyak nutrell}*
1/2 camt garam*
{Panaskan bahan bertanda*hingga butter hancur,sejukkan}
2 camb susu tepung
3 camb susu cair @ jika tiada,susu pekat pun boleh
2 cawan pisang lecek{izah guna pisang montel-blend je bagi hancur}
1 camt esen pisang{banana paste}
{Bahan Deco}
2 camb serbuk koko +
2 camb milo
sedikit pewarna pink & hijau
CARA-CARA:-
- Panaskan oven pada suhu 170'c selama 10-15 minit.
- Lanserkan loyang kek dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung,ratakan dan ketepikan.
- Pukul gula dan ovalette hingga hancur.Masukkan kedua dua susu.
- Masukkan telur 1 persatu hingga habis sambil di naikkan speednya pada high speed hingga adunan naik dan pekat.
- Perlahankan speed,masukkan pisang dan esen pisang.
- Masukkan tepung ayak sedikit sedikit diselang seli dengan butter hingga habis semua bahan.
- Bahagikan adunan pada 3 bahagian sama banyak.2 bahagian warna kan hijau,tp jgn campur.
- Satu bahagian lagi,warnakan pink.
- Ambil 1 bahagian warna hijau,letakkan dalam loyang,ratakan.masukkan separuh campuran serbuk koko kedalam penapis,tapis kesekeliling adunan tadi.
- Letakkan adunan warna pink diatasnya,perlahan lahan ratakan.
- Tapiskan yg separuh lagi serbuk koko di atasnya.Akhir sekali,tutup dengan adunan warna hijau.
- Bakar selama 35-40 minit @ sehingga kek masak(mengikut kepanasan oven masing masing).
- Sejukkan baru boleh di keluarkan dari loyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan