Selasa, 28 Jun 2011

KURMA HIJAU AYAM

Masakan paling diminati oleh my hubby & son....sekali sebulan mesti kena layan selera mereka....sedap di nikmati dengan nasi,roti jala & lempeng lenggang....izzah guna ayam pencen masa buat masak kurma ni...sedap,isinya liat liat sikit....biasa buat guna ayam kampung & bandar je.......
pandangan dari dekat,tp guna phone je so picnya kureng memuaskan.....tp mablessssssss
BAHAN-BAHAN'-
1 Ekor ayam ( potong ikut suka )
1 Biji kelapa ( jadikan 1 mangkuk sedang santan pekat & 1 mangkuk santan cair )
BAHAN TUMIS;-
4 Biji bawang merah (di mayang)
2 Ulas kecil bawang putih (di mayang)
2 Cm halia muda (di mayang)
2 Camb rempah kurma (campur dengan sedikit,jadikan pes)
2 Camb minyak untuk menumis
BAHAN HIASAN;-
2 Biji bawang besar ( belah 4)
2 Biji lada merah (belah 2 jgn putus)
2 Biji lada hijau (belah 2 jgn putus)
1 Batang lobak merah (potong lbh krg 3 cm dan belah 4)
1 Biji Kentang ( belah 4)-(jika suka)
  Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  ( 1 cm kunyit hidup-di tumbuk lumat,masukkan sedikit air masak ,kacau dan tapiskan,ambil airnya)
CARA-CARA;-
1). Basuh bersih2 ayam dan toskan ( jika gunakan ayam tua @ kampung,rebus dulu hingga separuh empuk )
2). Panaskan minyak,masukkan bahan tumis dan tumis lah sehingga naik bau.
3). Masukkan rempah kurma,kacau hingga rata.
4). Masukkan ayam dan santan cair,kacau sesekali dan biarkan kuah mendidih sekejap.
5). Setelah kuah mendidih,masukkan semua bahan hiasan,tp lada jgn dulu......biar lobak merah empuk dulu.
6). Masukkan santan pekat,garam,gula dan serbuk perasa,kacau hingga rata.
7). Setelah ayam dan lobak merah empuk,masukkan lada dan air kunyit,kacau hingga sebati,pekatkan kuahnya dan boleh la di matikan api.SIAP UNTUK DI HIDANGKAN.

~~MASAKAN INI JUGA SESUAI GUNAKAN UDANG DAN SOTONG ( JIKA GUNA SOTONG,REBUS DAHULU DAN BIARKAN SEKOR SEKOR~~

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum kawan kawan.............mulanya bercadang nak masak kari je ayam kampung ni,tp tiba tiba teringat resepi asam pedas yg saya ada ambik ngan kawan fb,'kak faridah jaafar'.cari punya cari,resepinya yg saya tulis dlm kertas hilang,hati dah teringin sesangat nak mencuba masakan ni....memandangkan kengkawan ramai yg dah masak,kata diorang sedapppp....so dengan idea dan kreativiti sendiri saya 'taram' je....so ni la hasilnya....sekali pandang dah cam kari daaaaaa...padahal langsung xde masuk rempah kari pun.....
xpe la...ni pestime buat,'perabah' pun x lengkap lg...nak masuk byk2 bimbang kut x sedap,membazir je.....bila dah tau sedap,so lain kali kita lengkap kan dia punya sampingan cam sayur bendi,tomato @ terung pun ok kutttt.......

BAHAN-BAHAN;-
1 Ekor ayam ( potong ikut suka dan bersihkan )
2 Cm halia
1 Cm kunyit hidup
4 Biji bawang merah
2 Ulas bawang putih
  ( Blend semua bahan diatas hingga hancur )
1 Camt ketumbar biji
1 Camt jintan manis
  ( Sangai rempah di atas dan blend dengan blender kering,hingga hancur )
2 senduk kecil lada kering mesin
1 Camb kerisik
3 Camb air asam jawa
   Sedikit minyak untuk menumis,garam dan serbuk perasa secukupnya.
CARA-CARA;-
1). Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan blend td hingga naik bau dan sedikit garing.
2). Masuk kan lada mesin,kacau lagi hingga pecah minyak.
3). Masukkan bahan rempah tadi,ayam dan air asam jawa serta sedikit air,kacau hingga rata.biarkan sekejap sehingga kuah sedikit mendidih.
4). Masuk kan lagi air sehingga cukup untuk buat kuah.kacau sekejap dan biarkan sehingga kuah mendidih.
5). Perlahankan api,masukkan kerisik,garam dan sedikit serbuk perasa,pekatkan sedikit kuah,rasa garam asamnya,setelah cukup rasanya dan ayam telah empuk,tutupkan api dan biarkan sejuk sedikit baru la di hidangkan.
**Jika kawan2 suka masukkan sayur sayuran,boleh la berbuat demikian....terpulang pada citarasa masing masing**{izzah belum masukkan apa2 sayur lagi,coz pestime buat,kut x menjadi.... kan membazir lak}.

Isnin, 27 Jun 2011

AYAM PERCIK PEDAS KELANTAN














BAHAN-BAHAN;-
1 Ekor ayam ( belah 4,bersihkan dgn sedikit gandum & toskan )
1 Cm halia
1 Cm kunyit hidup
4 Ulas bawang putih
2 Batang serai
1 Camt kunyit serbuk
1 Camt garam
  Sedikit serbuk perasa
( blend semua bahan diatas,perapkan pada ayam,kira2 20 minit)
BAHAN KUAH-( KISAR )
5 Biji bawang kecil
2 Ulas bawang putih
5 Tangkai cili kering
2 Cm halia
BAHAN KUAH;-( SANTAN )
1 Biji kelapa ( jadikan 1 mangkuk sedang santan )
1 Camt tepung beras @ tepung jagung ( jika tiada tpg beras)
3 Batang serai ( diketuk-1 daripadanya jadikan perenjis pada kuah nt )
  Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.
CARA;-
1)-Buat kuahnya dahulu.......Masukkan santan ke dalam kuali,guna api sedang.
2) Sambil dikacau,masukkan semua bahan blend,kacau selalu supaya kuah x pecah minyak.
3). Masukkan semua bahan perasa,seperti garam,gula dan serbuk perasa dan 2 batang serai yg diketuk td.
4) Setelah kuah mendidih sedikit,masukkan bancuhan tepung beras,kacau hingga kuah pekat.Matikan api,biarkan
    kuah dalam kuali.
5). Bakar ayam.Bila dah separuh masak,ambilkan dlam 1 senduk kuah,masukkan dlm mangkuk....ambil 1 batang serai yg di tinggalkan tuk merenjis kuah tadi,celupkan batang serai ke dalam kuah,renjis2 kan pada ayam yg sedang dibakar,balik balikkan ayam,pastikan setiap kali di balik,mestila di renjis dengan kuah tadi......buat la sampai ayam masak.
6) Letak kan ayam dalam pinggan,curahkan kuah di atasnya dan boleh la di hidangkan.
**SEBELUM DIKETUK SERAI,PASTIKAN DIBASUH BERSIH2 DAHULU**
 ~~JIKA TIDAK SUKA PEDAS JGN GUNA CILI KERING~~

ACAR TELUR

>>Assalamualaikum dan selamat lunch buat kawan kawan.....ari ni izzah masak acar telur,acar ni sedap lagi jika guna telur puyuh.....tp kt dapur hanya ada telur ayam je,so tekak dah teringin.....apa lagi,redah je la,janji dapat lepaskan gian.....hehe...ni la rupanya acar telur izzah.............













>>Masak acar ni sedap di lawan dengan ikan kering goreng,nak nak ikan kapak @ ikan bulu ayam.....xyah byk2 lauk,mkn dengan nasi panas panas...........
 BAHAN-BAHAN;-
6 Biji telur rebus { kupas kulitnya-ketepikan }
2 Senduk kecil cili boh { lada kering mesin }
5 Biji bawang merah kecil { jika guna bawang besar-2 biji di belah 4 }
4 Ulas bawang putih
2 Biji lada merah { belah 2 }
2 Biji lada hijau { belah 2 }
1/2 Biji timun { potong sejari dan hiris kasar }
1/2 Biji lobak merah { potong sejari dan hiris kasar }
1/4 Camt biji sawi { penting utk acar }
1 1/2 Camb cuka makan
1 Camb gula
1/2 Camt garam
1 Mug air { untuk kuahnya }
3 Camb minyak masak { untuk menumis }
CARA-CARA;-
1}. Panaskan minyak dan masukkan cili boh,kacau perlahan sehingga cili masak.
2}. Masukkan semua bahan {kecuali lada dan telur }.
3}. Kacau sehingga sayur layu.Masukkan lada dan telur,kacau hingga telur bersalut rempah.
4}. Jika kuah terlalu pekat,tambahkan sedikit lagi air panas.setelah sayur layu,matikan api dan boleh lah di angkat.
5}. Sedia untuk di hidangkan.
**Jika guna 'telur puyuh' pastikan lada di masukkan hingga separuh layu baru lah di masukkan telur**

Isnin, 20 Jun 2011

KUIH SAGU MATA IKAN














 >>Pertama kali buat kuih sagu guna pewarna hijau dari pes daun pandan......biasanya guna pewarna merah & esen vanila je,saya dapat resepi ni dari kawan fb juga,KAK KAM,yg nyatanya seorang yg x lokek ilmu.....terima kasih kak kam. Ternyata aroma daun pandan asli lebih memikat selera jika di bandingkan dengan yg instant dari dlm botol.....di gaul pula dengan kelapa muda...perghhhhhhhhhh...syokkkkkkkkkkk....hehe.<<













>>Kuih sagu mata ikan yg baru masak,cantik hijaunya.......tunggu dia sejuk dulu baru boleh potong & gaulkan ngan kelapa parut putih.....ni la kuih sarapan keluarga izzah di pagi jumaat yg indah ini........<<
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan sagu biji mata ikan* (basuh bersih,toskan airnya)
3/4 cawan gula perang*
2 cawan air*
3 helai daun pandan* (basuh bersih,hiris kasar & blend dengan sedikit air biar pekat,tapis & ambil jusnya)
1/4 penutup pewarna hijau*
kelapa putih parut + sedikit garam(gaul rata2,masukkan dlm loyang,kukus sekejap,elak dari cpt basi)
2 helai daun pandan(koyak koyakkan,masukkan dlm air kukusan)
CARA-CARA:-
Jerang pengukus sehingga mendidih.
  1. Masukkan bahan bertanda* dalam 1 mangkuk,gaulkan hingga rata.
  2. Jerang bahan2 diatas api sederhana sehingga separuh masak.
  3. Masukkan pula ke dalam loyang yg telah di sapu sedikit minyak.
  4. kukus lah selama 30-40 minit @ sehingga kuih betul2 masak.Sejukkan.
  5. Potong kuih dan golek golekkan dalam kelapa yg yelah di kukus sedikit tadi.
  6. sedap di nikmati semasa minum pagi @ minum petang......

EPOK EPOK ROTI BERINTI














 >>Salam pagi ahad pada semua kawan kawan.....pagi ini izzah buat epok epok @ karipap roti berinti sambal bilis,tuk sarapan.....asyik mkn roti sapu butter,roti sandwich & roti bakar je,naik jemu gak....so, dalam blur blur x tau nak buat sarapan apa,timbul idea tuk buat karipap dengan roti,tu yg jadi epok epok @ karipap roti berinti ni....kita tengok bahan bahannya..........
BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus roti wholegrain{guna roti sandwich biasa pun boleh}
2 biji telur{1 biji diasingkan putihnya}
BAHAN INTI:-
{SAMBAL BILIS}
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 camt kismis*
{Bahan bertanda * diblend hingga halus}
1 camb ikan bilis kecil{yg dibuang kepalanya}
1 biji bawang besar{Di mayang & dicincang}
2 camb lada mesin{Jika suka pedas,lebihkan sedikit}
1 camb kismis{basuh bersih toskan}
  garam,gula organic{guna gula pasir biasa pun  boleh},serbuk perasa & air asam jawa secukupnya














Ini la rupanya epok epok yg telah siap,tinggal nak menggorengnya je lagi......di sebabkan xde serbuk roti,izzah salut je dengan telur,dan goreng........so nice.
CARA-CARA:-
  1. Buat intinya dahulu.......panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan blend hingga kekuningan.masukkan lada mesin.
  2. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan ikan bilis,kismis,air asam jawa & sedikit air suam.kacau & biarkan sekejap.
  3. Masukkan garam,gula organic & serbuk perasa,biarkan hingga naik minyak sambil sesekali dikacau.
  4. Matikan api, buang minyaknya dan masukkan inti ke dalam mangkuk.ketepikan dulu.
  5. jerang air setengah periuk hingga mendidih.guna tapis santan besi @ redai,letakkan diatas periuk.Apabila air dah mendidih,perlahan kan api,letakkan roti di atas penapis @ redai,biarkan sekejap hingga roti lembut.
  6. Angkat & giling roti dengan kayu giling,hingga roti nipis.letakkan dalam acuan karipap,seperti kita membuat karipap biasa.gunakan telur putih yg di keluarkan dari 2 biji telur tadi untuk membuat gamnya,dengan meletakkan sekeliling acuan.
  7. Masukkan inti,tekan kuat sedikit acuannya,dan keluarkan dari acuan.Buat langkah yg sama pada semua roti hingga habis.lebihan roti jgn di buang,boleh recycle jdkan puding or whatever la ikut citarasa masing masing.
  8. Panaskan minyak yg byk dlm kuali,celupkan roti ke dalam telur yg telah di pukul sedikit dengan garpu tadi.
  9. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan,angkat & toskan minyaknya.
  10. Sedia untuk di santap ngan  apa saja air.Lau izah semestinya green tea kurang manis punya.......CAYUKKKKKKKKKKKK.

Ahad, 19 Jun 2011

KEK SUNKIST KISMIS

Dah lama tak membaking.......sesekali rasa teringin gak,maka akupun mula la fikir,apa kek yg nak aku buat...belek punya belek buku resepi lama lama,aku terpandangkan kek sunkist kismis ni,tetiba je liur mengencur....tengok oren sunkist pun ada dlm esbox,cukup kalau nak buat 1 adunan tu....akupun mulakan projekku,alih2 baru terpandangkan yg kismis cuma tinggal secoet je,ah,projek dah jln aku go on je la......jadila kek sunkist kudukut kismis........hehe
ni la ropanya kek yg belum di potong lagi..........

BAHAN-BAHAN;-
2 Cawan buttercup
2 Cawan gula halus ( jika tidak suka manis 1 1/2 cawan dah cukup )
3 Cawan tepung superfine- di ayak bersama dengan
1 Camb tepung jagung dan
1/2 Camt bicarbonate of soda
6 biji telur
1 Biji limau sunkist ( parut kulitnya,isinya di perah,ambil airnya )
1 Camt esen oren
1 Cawan kismis dan
5 Biji kurma ( potong dadu kecil-campurkan kedua buah,gaulkan dengan sedikit tepung,ratakan dan jemur di tempat
   panas sekejap)
2 Camb susu tepung
CARA-CARA;-
1). Pukul telur hingga kembang.ketepikan sekejap.(sambil menyediakan bahan,panaskan oven selama 10 minit)
2). Dengan menggunakan bekas yg berasingan,pukul butter dan gula hingga kembang.
3). Lajukan speed,satukan kedua adunan di selang selikan dengan campuran tepung.
4). Masukkan parutan kulit oren,jus oren,esen oren dan susu tepung,Kurangkan kelajuan 1 persatu hingga habis.
5). Matikan speed,dengan menggunakan sudip kayu,kaup dan balikkan adunan,sambil dimasukkan buah buahan,kacau hingga sebati.
6). Sapukan sedikit marjerin kedalam loyang hingga rata,taburkan sedikit tepung,ketuk sekeliling supaya tepung bergaul rata dengan marjerin.
7). Masukkan adunan ke dalam loyang,bakar selama 40 minit pada suhu 180'c @ sehingga kek masak ( terpulang pada oven masing masing ).
8). Jika oven saya-20 minit,saya guna api bawah sahaja & 20 minit lagi,saya gunakan api atas bawah.
9). Sejuk kan dahulu baru lah di potong.

BAHULU SUNKIST EKSOTIK














 >>Lihat pada rupa paras bahulu ni memang x menarik,nampak cam hangus je atasnya,tp tidak sama sekali,....izzah sengaja bakar lama sikit,nak bagi garing tepinya.....sedap tuk di buat minum petang @ tuk bersantai sambil tgk tv ngan kluarga......bahulu yg mudah tuk di sediakan.<<
BAHAN-BAHAN:
1 Biji limau sunkist* ( basuh bersih,belah 4,buang biji & empulurnya,potong halus2)
1 Biji limau sunkist*(Parut & ambil kulitnya sahaja-saya x letak,coz xde )
1 1/2 Cawan gula halus*(saya guna 1 cawan lebih sikit je)
1 Cawan minyak nutrell @ minyak mazola*(saya guna 3/4 je)
1/4 Camt garam*
1 Camb oren sunquick eksotik*
1 Camt pewarna oren*
  (Blend hancur bahan bertanda *)
2 Cawan tepung kek blue key superfine-diayak bersama
1 Camt baking powder
CARA-CARA:
1). Panaskan oven pada suhu 170'c selama 10-15 minit.
2).Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk adunan,masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis,sambil di kacau hingga sebati.
3). Griskan loyang pembakar,letakkan kertas minyak di sekelilingnya.Tuangkan adunan ke dalam loyang.
4). Bakar selama 35-45 minit.(saya bakar selama 50 minit,coz nk kan bahulu yg garing).
5). Setelah masak,sejukkan baru la di potong.
***Bahulu yg mudah ringkas dan sedap........***

Sabtu, 18 Jun 2011

PUDING BETIK














SALAM CERIA........pada semua member2,hari ini,izzah buat puding betik..sungguh nyaman rasa tekak,selepas makan tghari,jamah pula puding betik yg menggunakan betik asli seperti ni.......

















Pada kawan2 yg suka pada puding @ agar agar,boleh la cuba resepi ini,izah jamin kawan kawan akan suka kannya......

BAHAN-BAHAN:-
2 biji betik masak{buang kulit & potong bulat}
10 gm agar agar serbuk{warna hijau}
5 gelas air
2 camb gula organic{guna gula perang @ biasa pun boleh}
1/2 cawan susu pekat
1/4 camt garam
1 gelas jus betik{buat pekat-guna gelas yg buat sukat air}
3 titik pewarna oren
1 camb campuran milo & serbuk koko{jadikan pes pekat}
CARA-CARA:-
  1. Betik yg telah di potong bulat tadi di buang bijinya dengan menggunakan permukaan gelas.betik yg lebih tu jadikan jus betik,untuk di masukkan ke dalam puding nanti.
  2. Masak agar agar,air, gula & garam hingga mendidih,masukkan susu,kacau lagi supaya tidak membuak.
  3. Ambil kira kira 1 senduk agar agar,masukkan pes coklat tadi,jika nak lebih pekat warnanya masukkan sedikit nescafe,kacau hingga rata.Bekukan.
  4. Sementara itu,masukkan jus betik & pewarna kuning ke dalam puding yg di dalam periuk,kecilkan api,biarkan sekejap sehingga agar agar hitam tadi beku.
  5. Setelah agar agar hitam beku,potong kecil kecil & cincang halus bg nampak seperti biji betik.
  6. Atur betik yg telah siap dipotong tadi kedalam dulang @ loyang besar,perlahan lahan curahkan agar agar di dalamnya.Taburkan sedikit agar agar hitam kedalam puding{kira cam biji betik la}.buat yg sama hinga habis.
  7. Sejukkan sekejap barulah di masukkan ke dalam peti sejuk.
  **gabungan warna hijau & oren akan menghasilkan warna seperti isi betik yang asal**

Khamis, 16 Jun 2011

ROTI SAYUR SOS MANIS














 Bukak mata je pagi pagi,otak dah berfikir,apa nak dimakan tuk sarapan hujung minggu camni,tgk roti 1 bungkus yg di beli smlm x berusik lg,nak bakar dan mkn ngan butter camtu je dah jelak rasanya.....nak di buat puding pun dah selalu buat,alih2 reka je resepi roti sayur ni,campak2 je apa ada kt dapur tu,bakar & lawankan ngan sos manis,x sangka sedap lak tu.....anak suka sangat,so boleh la tambah koleksi sarapan pagiku......tuk minum ptg pun ok ni........













roti ni lebih cantik lagi jika guna loyang kecil,nt dia nampak tebal sikit,tp saya sengaja buat guna loyang sedang,so nampak nipis la..........
BAHAN-BAHAN;-
{ A }
8 Keping roti wholmeal { di dadu }
1 Tin susu cair
{ B }
1 Biji bawang besar { di cincang halus }
3 Camb lobak merah cincang
2 Camb udang kering { di cincang }
1 Keping isi dada ayam { di cincang }
2 Cm celery { di cincang }
1 Tangkai daun sup { dicincang }
1 Biji lada hijau @ merah { di cincang }
1 Biji telur { di pukul sedikit dengan garpu }
1/2 Camt serbuk lada sulah
1/2 Camt garam bukit { garam biasa pun boleh }
CARA-CARA;-
1}. Rendam bahan A selama 30 minit.
2}. Ramas halus adunan A hingga hancur.
3}. Masukkan bahan B sambil di kacau hingga rata.
4}. Sementara itu jerang pengukus,dan biarkan air mendidih.
5}. Sapu sedikit minyak pada loyang,masukkan bahan roti.
6}.Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukuslah roti selama 30 minit.
7}.Setelah masak,angkat dan sejukkan baru lah di potong.
8}. hidangkan bersama sos manis.
BAHAN SOS MANIS;-
4 Camb cili boh
2 Biji lada merah { blend hancur )
1/2 Biji tomato { blend hancur }
1 Camb kismis { blend hancur }
3 Biji bawang putih { tumbuk kasar }
3 Camb gula pasir
1 Camt garam
11/2 Camt tepung jagung { bancuh dengan sedikit air }
    Sedikit air panas
CARA-CARA;-
***Satukan semua bahan { kecuali tpg jgung } ke dalam 1 periuk.kacau hingga sebati.jerangkan di atas api yg sedehhana sehingga mendidih.masukkan bancuhan tepung jagung tadi.pekatkan sos sekejap dan matikan api.sejukkan dan hidangkan bersama dengan roti sayur tadi..........selamat mencuba pada yg sudi***
**Sos ini juga sedap di tambah dengan kacang tanah tumbuk kasar dan bijan**













ini roti yg baru di keluarkan dari oven......

~~PIZZA SEMPOI IZZAH~~














Pizza ni firstime izzah buat....menjadi,1 adunan ni izah dpt 3 biji pizza....tp sayangnya,izzah guna phone je tuk ambik pic ni,tu yg nampak kabur je.....memang x memuaskan,ada kamera,tp wayer USBnya lak xde...xpa,nt next buat nak guna kamera lak ttu picnya akan ok....apapun rasanya memang mablesss.....thankz A lot pada member fb yg bagi resepi ini iaitu kak ROZIE NOR....berbaloi baloiiiiiii mencubanya.so usah tgk picnya tp tengok je bahan bahannya & cuba buat sendiri......Topping atasnya terpulang pada citarasa masing masing......lau izah buat tu,memang sempoiiiiiiiiiii......













BAHAN-BAHAN;-
3 Cawan tepung kek @ pau
2 Camb susu tepung
2 Camb butter ( cairkan )
1/2 Peket yis
1/2 Camt garam
1 Mug air suam
BAHAN INTI ( TOPPING )
2 Batang sosej ( potong ikut suka )
1 Camb max vegi ( sayur campur )
1 Camb mayonis
1 Camb sos cili
1/2 Camt serbuk lada sulah
  Sedikit keju cheddar @ mozerella.
CARA-CARA;- ( BUAT DOH )
1). Bancuh 1 mug air suam + susu + garam.kacau hingga larut.
2). Dalam bekas besar,gaulkan tepung dengan yis hingga rata.
3). Masukkan butter dan gaull hingga rata.
4). Masukkan bancuhan susu tadi sedikit sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
5). Perapkan selama 30 minit.
6). Bila doh dah naik sekali ganda.....tumbuk kan ia dan gelek setebal 1 cm.
6). Perapkan sekejap dulu sementara menanti oven panas........
7). Setelah itu sapukan dengan mayonis dahulu,diikuti dengan sos cili dan semua bahan bahan lain.
8). Susun atur topping mengikut citarasa masing2.
9). Akhir sekali taburkan keju cheddar @ mozarella di atasnya dan bakar selama 30-35 minit pada suhu 180'c.
10). Setelah pizza masak,sejuk kan dahulu baru la di potong.
   ~~~TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA PADA PUAN ROZIE NOR,KERNA SUDI BERKONGSI RESEPI INI DENGAN SAYA. DAN PADA KAWAN2 SEMUA YG SUDI BERKONGSI RESEPI INI,CUBA LAH,ANDA TIDAK AKAN KECEWA KERNA IANYA MEMANG SEDAP~~~

PUDING SUSU KEK COKLAT


  **Puding ini terhasil dek kerna sayangkan kek yg x habis...nak biarkan takut rosak lak,so timbul la idea mencipta masakan recycle ni dlm otak kepalaku.......tgk dlm stock,'beleda' tali ada lagi,so aku cipta la puding ini,x sangka pulak sodappppppp rasanya,nak nak makan time cuaca panas2 gini.....tengok la coraknya sekali pandang cam dam lak......
yg ni belum potong sepenuhnya.....nampak susunya aje,tp bila dah potong baru nampak kek kt dalamnya.........jom intai bahan bahannya......
BAHAN-BAHAN;-
( A )
25 Gm agar agar tali ( rendam sampai lembut )
1/2 tin kecil susu pekat di bancuh dengan air suam,jadikan
1400 Ml air bancuhan( susu )
2 Camb gula pasir
1 Camt esen vanila
2 helai daun pandan ( disimpul kemas2 )
1 Biji telur ( dipukul sedikit )
( B )
1/2 Buku buttercup
1 Cawan gula halus
3 Biji telur
1/2 Cawan koko serbuk di masak bersama
1/2 Cawan air ( sejukkan )
1/2 penutup esen vanila
1 3/4 Cawan tepung kek
1 Camb susu tepung
CARA-CARA;-
1). Buat bahan B dulu seperti membuat kek biasa,bakar hingga masak.Sejukkan.
2). Keluarkan dr acuan dan potong dadu kek td.ketepikan.
3). Masukkan bancuhan susu dlm periuk.Toskan agar2 dan masukkan sekali.
4). Jerang di atas api,masukkan gula pasir,kacau hingga agar2 hancur.
5), Masukkan telur yg telah di pukul sedikit,esen vanilla dan daun pandan.Kacau lagi hingga mendidih.6). Matikan api.Sejukkan sedikit.( keluarkan daun pandan dari periuk ).
7). Sementara itu,sediakan acuan,masukkan kek( dadu ) kedalam acuan.
8). Tuangkan puding kedalam acuan hingga penuh.Bekukan dlm bekas yg berisi air.Setelah agak beku sedikit,masukkan dlm peti sejuk (puding ini sedap di makan sejuk sejuk ).
***Puding ini cukup senang,tuk di sediakan,cuma membuat kek je agak mengambil masa sedikit...saya sarankan jika kawan2 ingin mencuba resepi ini,adalah lebih baik keknya di buat awal***
Tapi izzah just guna kek yg tak habis makan je......dari di buang kan sayang,so recycle camni kan boleh elakkan pembaziran....jd jika ada kt rumah puan kek yg tak habis di makan jgn di buang...guna la kreativiti sendiri tuk menjadikannya boleh di makan semula......

KUIH BOKO UBI@TALAM UBI


















 BAHAN-BAHAN;-( LAPISAN BAWAH )
2 Tongkol ubi(sederhana besar)-(Buang kulit dan parut)
1 ketul gula melaka.(jgn habiskan jika tidak suka manis)-(dihiris nipis2)
2 Camt gula pasir
   Sedikit garam.
( LAPISAN ATAS)
3 Camb tepung beras
1 1/2 Cawan santan
1 Camt garam( ikut rasa)
1 Camt gula pasir.
CARA-CARA;-
1). Perahkan sedikit air ubi yg telah diparut.gaulkan bersama semua bahan diatas.
2). Masukkan ke dalam loyang dan tekan kemas2.
3). Masukkan loyang ke dalam pengukus yg telah pun mendidih airnya dan kukus hingga separuh masak( sekali keluar wap).
4). Sementara itu,masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam kuali dan kacau dengan api perlahan sekejap.Tutup api.
5). Masukkan lapisan atas ke atas ubi,dan kukus semula hingga kuih masak.sejukkan sebelum di potong.

KEK SPAN @ KEK SARANG SEMUT


BAHAN-BAHAN;-
10 Biji telur { dipukul berasingan }
2 Cawan tepung kek di ayak bersama
2 Camt bicarbonate of soda
2 Cawan gula pasir +
2 Cawan air- jadikan gula hangus { buat awal,dan sejukkan dahulu }
11/4 cawan buttercup @ marjerin biasa
1 Cawan susu pekat manis { kurangkan jika tidak suka manis-saya guna 1/2 cawan saje }
CARA-CARA;-
1}. Pukul telur dahulu sehingga kembang.
2}. Dalam bekas lain,pukul butter dengan susu sehingga sebati,campurkan adunan telur tadi sedikit sedikit hingga habis.
3}. Masukkan bicarbonate of soda dan tepung yg telah di ayak tadi sedikit sedikit hingga habis.
4}. Akhir sekali,perlahan kan speed dan masukkan gula hangus,juga sedikit sedikit sehingga habis dan bergaul rata.
5}. Lajukan sekejap,speed supaya adunan x berketul.matikan speed dan tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah di lanserkan dengan sedikit marjerin dan di taburkan sediit tepung.
6}. Bakar di dalam oven yg bersuhu 180'c selama lebih kurang 45 minit @ sehingga kek masak.tergantung pada oven yg kita guna.~~JIKA KELUARGA TAK RAMAI,MEMADAI DENGAN SETENGAH ADUNAN JE~~.

Rabu, 15 Jun 2011

PUDING COKLAT

 musim panas,lau dapat sejukkan tekak dengan puding puding @ jus buah buahan alangkah nyamannya.....
Bila bukak je puding ni dari acuan,tengok ia basah berkilat,dan dan liur jadi meleleh,so apa lagi potong & ngap la.......

 BAHAN-BAHAN:-
13 gm agar agar tali{rendam hingga lembut,toskan}
700 ml air
3 camb gula pasir @ gula perang
2 senduk kecil susu pekat
1 camb susu tepung
1 biji telur{pukul sedikit dengan garpu}
1 camb serbuk koko di campur dengan
2 senduk kecil milo{jadikan pes,dengan di bancuh dengan sedikit air suam}
1/2 camt garam
1 helai daun pandan{Basuh bersih & simpul kemas}
CARA-CARA:-
  1. Jerang agar agar,air,gula dan daun pandan hingga semuanya hancur.
  2. Setelah agar agar mendidih,keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan semua susu,garam dan telur,kacau hingga sebati.
  4. Matikan api,keluarkan 3 senduk kecil agar agar,masukkan kedalam  1 bekas.
  5. Masukkan pes coklat kedalam periuk agar agar kacau hingga rata dan sebati.
  6. Masukan 2 senduk bahagian coklat ke dalam acuan,ratakan.
  7. Masukkan pula 1 senduk bahagian putih.
  8. Ulang langkah sama sehingga habis semua agar agar tadi.
  9. Sejukkan sekejap,masukkan kedalam peti ais.
  10. Potong setelah puding benar benar beku.
  11. Jika tiada acuan,boleh gunakan loyang sahaja.

**PANCAKE DURIAN IZZAH**

Pancake ini memang delicious....izzah bab bab mengolah resepi,memang suka.....ini asal resepinya adalah kuih ketayap,so izzah decoratekan ia jadi 'pancake durian',maklumlah musim durian sekarang....kulit dia izzah lipat terbalik,intinya lak pure isi durian....memang mablessssssss bg izzah la....izzah buat tuk sarapan pagi..lau nak buat tuk minum petang pun sedapppppppp

 BAHAN-BAHAN:-( Bahannya saya bantai lebih kurang je )
{UNTUK KULIT}
2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung Gandum
2 camb tepung kek
1/2 camt garam bukit
2 titik pewarna(ikut suka)
{UNTUK INTI}
buttercup secukupnya
isi durian yg di blend dengan sedikit gula(bg yg suka manis,tp saya x letak-gunakan blend kering}
CARA-CARA:-
  1. Blend semua bahan dengan 1 cawan dulu tepung,jika adunan masih cair,masukkan sedikit sedikit tepung,hingga cukup pekatnya.
  2. Jika adunan terlebih pekat,masukkan sedikit air suam.pekat adunan sama dengan membuat kuih ketayap.
  3. Lenserkan sedikit mentega @ butter ke dalam pan yg non stick (tak melekat).
  4. Setelah pan panas(tp jgn terlalu panas,guna api kecik je)curahkan 2 senduk kecik adunan dlm pan,angkat pan dr dapur,ratakan adunan keseluruh permukaan pan,letak balik di atas api,biarkan ia masak.
  5. Angkat dan balikkan permukaannya.biarkan yg di bawah,menjadi bahagian dalam.
  6. Buat sampai adunan habis.
  7. Sapu sedikit butter di tengah tengah permukaan kulit,letakkan 1 sudu kecil isi durian diatasnya,lipatlah mengikut kesukaan masing masing.jika saya,saya buat lipat 4 penjuru je..........nak buat cam kuih ketayap pun boleh.
  8. So delicious tuk di nikmati dengan green tea tanpa gula.

Selasa, 14 Jun 2011

KEK PISANG ALUNAN




Masa nak buat kek ni,duk berkira kira,camana nak olah kek ni supaya x nampak O macam kek pisang yg biasa kita buat,alih2 datang idea,nak guna resepi kek pisang biasa,tp dekonya izah ikut cara kek alunan kasih yg selalu kawan2 buat tu....mulanya risau gak,takut lah x menjadi......tapi Alhamdulillah rupanya x sia sia....

BAHAN-BAHAN:-
250 gm tepung kek superfine/superwhite*
1 Camt soda bicarbonate*
{Ayak bahan bertanda *}
1 camt ovalette
3/4 cawan gula castor{izah guna 1/2 cawan je}
5 biji telur
1/2 cawan planta{izah guna buttercup}*
1/2 cawan minyak jagung{izah guna minyak nutrell}*
1/2 camt garam*
{Panaskan bahan bertanda*hingga butter hancur,sejukkan} 
2 camb susu tepung
3 camb susu cair @ jika tiada,susu pekat pun boleh 
2 cawan pisang lecek{izah guna pisang montel-blend je bagi hancur}
1 camt esen pisang{banana paste}
{Bahan Deco}
2 camb serbuk koko +
2 camb milo
sedikit pewarna pink & hijau
 
 CARA-CARA:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170'c selama 10-15 minit.
  2. Lanserkan loyang kek dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung,ratakan dan ketepikan.
  3. Pukul gula dan ovalette hingga hancur.Masukkan kedua dua susu.
  4. Masukkan telur 1 persatu hingga habis sambil di naikkan speednya pada high speed hingga adunan naik dan pekat.
  5. Perlahankan speed,masukkan pisang dan esen pisang.
  6. Masukkan tepung ayak sedikit sedikit diselang seli dengan butter hingga habis semua bahan.
  7. Bahagikan adunan pada 3 bahagian sama banyak.2 bahagian warna kan hijau,tp jgn campur.
  8. Satu bahagian lagi,warnakan pink.
  9. Ambil 1 bahagian warna hijau,letakkan dalam loyang,ratakan.masukkan separuh campuran serbuk koko kedalam penapis,tapis kesekeliling adunan tadi.
  10. Letakkan adunan warna pink diatasnya,perlahan lahan ratakan.
  11. Tapiskan yg separuh lagi serbuk koko di atasnya.Akhir sekali,tutup dengan adunan warna hijau.
  12. Bakar selama 35-40 minit @ sehingga kek masak(mengikut kepanasan oven masing masing).
  13. Sejukkan baru boleh di keluarkan dari loyang.

Ahad, 12 Jun 2011

AGAR AGAR SANTAN IZZAH

 Setiap kali bila aku membuat agar agar ini,yg kalau org kelantan panggil "beleda santan"....nostalgia lama menerjah benakku......terbayang sibuknya arwah ibu tatkala menyiapkan juadah ini untuk hidangan berbuka puasa keluarga kami,kerna hidangan ini boleh di katakan wajib bagi kami,setiap menjelangnya bulan puasa dan petang raya......tanpa sedar panasnya airmata mengalir di pipiku.......sekarang semua itu sudah tiada lagi... hanyalah AL-FATIHAH..... buat arwah ibuku..........
Sekarang aku sediakan untuk keluargaku,tak kira waktu lagi,asal teringin je,aku akan membuatnya,kerna kami semua sukakannya especially my hubby..........
 BAHAN-BAHAN:-
 1 Peket agar agar serbuk NONA(warna merah)
21/2 Cawan santan
2 Cawan air
5 Camb gula
1/2 Camt garam
2 Helai daun pandan(basuh bersih dan simpul kemas)
CARA-CARA:
1). Masak agar agar bersama 2 cawan air,gula dan daun pandan  hingga mendidih.
2). Keluarkan daun pandan.Masukkan santan & garam,kacau lagi hingga rata dan sekali wap.
3). perlahan kan api dan kacau selalu supaya x membuak & pecah minyak.
4). Masukkan agar agar kedalam acuan.biarkan sejuk sedikit dan masukkan dlm peti ais.
5). Setelah agar agar betul betul beku barulah di keluarkan dari acuan dan di hidangkan.

Sabtu, 11 Jun 2011

~~ROTI BAKAR BERSOS STRAWBERRY~~

 Roti bakar ini sedap dinikmati dengan sos strawberry,sos kastard @ sos butter kacang.tp izzah memilih sos strawberry coz sukakan rasanya,lagipun menghabiskan stock jem yg terakhir izzah buat sebelum berpindah ke johor...sebelumnya izzah tinggal kt gua musang kelantan,so dah dkt dgn cameron highlands,yg terkenal dgn strawberrynya.Apa guna tinggal dekat lau x mengunjunginya,sedangkan pelancong dr jauh boleh sampai...jd izzah manfaatkan peluang yg ada dgn membeli byk2 strawberry yg segar dr ladang dan olah sendiri menjadi jem.......maka terhasil lah jem strawberry ini......byk pula celoteh izzah,so jom kita intai resepinya yg izzah cipta sendiri...sesuai tuk sarapan dan minum petang.......
Melihat lelehan sos stoberi,melata merah di pinggan membuat liur mengencur.....jom kita layannnnnnnnnnn
BAHAN-BAHAN;-
1 bungkus kecil roti wholmeal(roti biasa pun boleh)
1 tin susu cair
4 camb susu pekat
2 camb susu tepung
1/4 camt garam
3 biji telur
2 keping biskut marie di blend hancur(untuk di tabur diatas puding)
BAHAN UTK SOS STRAWBERRY;-
1/2 cawan jem strawberry
2 camt tepung jagung(di bancuh dgn sedikit air)
1 cawan air masak.
2 camb gula pasir(jika suka manis)
CARA MEMBUAT SOS;-
Masukkan jem ke dalam periuk,dan masukkan air dan gula,kacau hingga jem cair dan tidak berketul.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.kacau hingga larut dan pekat.matikan api dan ketepikan.
BAHAN UNTUK SOS COKLAT;-
4 kepingan coklat masakan
2 camb milo
2 camb susu pekat manis
1 camt tpg kastad@jagung(bancuhkan sedikit dengan air masak)-(jika sos sudah pekat x perlu digunakan)
1/2 camt butter
1 cawan air suam
CARA MEMBUAT SOS;-
Cairkan coklat masakan dan milo hingga betul2 cair dan tidak berketul.Masukkan butter dan susu,kacau lagi.
Masukkan air suam,kacau lagi .jika masih cair lg masukkan bancuhan tpg jagung td,jika sudah pekat x perlu la di masukkan(terpulang pada citarasa masing2).Setelah sos benar2 sebati,matikan api dan ketepikan.
CARA MEMBUAT ROTI;-
1). Koyak koyakkan roti dan masukkan kedalam bekas.
2). Tuangkan susu cair,gaulkan dan biarkan ia kembang sekejap.
3). Sementara itu,blend telur hingga kembang.masukkan susu pekat,susu tepung,butter dan garam.blend lg hingga kembang.
4).Tuangkan ke dalam adunan roti tadi,kacau hingga sebati.
5). Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu marjerin terlebih dahulu.
6). Perapkan adunan sehingga kembang.
7). Sementara itu,panaskan oven pada suhu 150'c selama 10 minit.(gunakan api bawah sahaja).
8). setelah adunan kembang,taburkan serbuk biskut marie di atas permukaannya hingga rata.
9). Bakar selama 30-40 minit @ sehingga masak.
10). Sejukkan dahulu baru la di potong,dan di curahkan sos di atasnya.bg yg tidak suka sos roti ini juga sedap di makan begitu saja,ia lemak dan x manis.
   **JIKA KAWAN KAWAN SUKA NAK MENCUBA RESEPI INI SILA KAN...SELAMAT MENCUBA**

SERI MUKA IZZAH

>>ASSALAMUALAIKUM pada semua kawan kawan yg sudi intai dapur ibu tok ini...tetiba mood datang tuk buat kuih kesukaan keluarga ni,memang sedap jika dilayan pagi pagi ngan secawan teh kurang manis....laupun x santekkkkk rupanya,tp sadar x sadar setengah loyang leh habis 1 kluarga....

 BAHAN-BAHANNYA:-
[LAPISAN BAWAH]>>
2 cawan beras pulut{rendam dengan 1 keping asam gelugur@keping selama 2 jam}
21/2 cawan santan cair + sedikit garam
{BASUH BERSIH BERSIH BERAS PULUT,TOSKAN.JERANG PENGUKUS,KUKUS PULUT SEHINGGA MASAK.
SETELAH PULUT MASAK,GAULKAN DENGAN SANTAN YG DAH DI CAMPUR GARAM TADI.MASUKKAN DALAM LOYANG,TEKAN PADAT PADAT & CAKAR CAKAR SEDIKIT DENGAN GARPU @ HUJUNG PISAU.KETEPIKAN SEKEJAP}
[LAPISAN ATAS]
2 cawan santan pekat[dari 1 bijii kelapa]
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1/2 cawan gula
3 camb tepung gandum
3 camb tepung kastad
2 biji telur
1 /2 camt garam
{MASUKKAN SEMUA BAHAN KEDALAM BLENDER,BLEND HINGGA HANCUR,TAPISKAN KEDALAM KUALI @ PERIUK,JERANG ATAS API PERLAHAN.KACAU SEHINGGA PEKAT.MATIKAN API}
CARA-CARA:-
1. Masukkan lapisan atas tadi,ke dalam loyang pulut,lapisan bawah tadi.
2. Pastikan pengukus di jerang semasa membuat lapisan atas tadi.
3. kukus selama 30 minit,atau sehingga kuih masak.
4. Sejukkan betul betul dahulu baru lah di potong.
***selamat mencuba bagi yang sudi............
 ni la rupanya bila kuih dah masak.......sejukkan dulu baru boleh potong..........

Khamis, 9 Jun 2011

PUDING ROTI MARBLE

 




BAHAN-BAHAN:-

1 Peket agar agar serbuk-(20 gm)
6 Cawan air
200 Gm gula pasir-(1/2 cawan)
1 Tin susu cair
6 Keping roti-(koyak koyakkan)
1 Biji telur
3 Jenis pewarna-(ikut suka-saya guna coklat,pink & warna asal)
1 Camt esen vanila
2 Helai daun pandan-(di simpul kemas)
CARA-CARA:-
  1. Roti yg telah dikoyak,di rendam dalam susu cair.
  2. Sementara itu,jerang agar2 dengan 6 cawan air,gula dan daun pandan sehingga larut dan gula hancur.
  3. Setelah roti kembang,masukkan ke dalam blender bersama dengan 1 biji telur yg dipukul sedikit dengan garpu dan juga esen vanilla.
  4. Perlahankan api,keluarkan daun pandan dari periuk,dan masukkan bahan blender.Kacau hingga sebati.Matikan api.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak,warnakan 2 bahagian,yg satunya biarkan pada warna asal.
  6. Masukkan kedalam acuan agar agar @ loyang,dengan menyenduk sedikit adunan dari mana mana bahagian,letakkan ditengah tengah acuan,ratakan hingga penuh acuan,letak lagi 1 bahagian ditengahnya juga,buat langkah yg sama sampai habis semua adunan.
  7. Sejukkan sekejap di luar,masukkan kedalam peti sejuk bg mendapatkan puding yg benar benar beku.
  8. Setelah itu,bolehlah di potong dan di hidangkan.
**NOTA.....jika gunakan agar agar tali,perlu di rendam dahulu sehingga lembut,baru la di masak.

~~Sekilas pandang tentang saya~~

 >>DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG<<
Syukur kehadrat illahi,dengan limpah kurnianya dapat saya merealisasikan hajat dan impian untuk memiliki blog sendiri,bukanlah bertujuan untuk menunjuk nunjuk yg saya ni pandai masak...tidak sama sekali,cuma untuk memuaskan hati sendiri,di samping dapat berkongsi minat dengan kawan kawan yg sealiran.....saya juga yg menggunakan nama AZIZAH JACK IZAH dlm laman sosial fb..seorang suri rumah sepenuh masa,berasal dari negeri 'cik siti wan kembang'....saya mula berjinak jinak dengan dunia maya ini pada akhir tahun lepas,lau nak dikatakan buta terus dalam IT ni,membohong la,tp hakikatnya saya memang tak tau apa apa tentang IT ni semua...apa lagi untuk buka Blog seperti ini......setelah berkawan dengan ramai kawan yang baik hati dan sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang semua ni,Alhamdulillah,saya boleh la menapak sedikit sedikit,sedaya saya....Terima kasih yg x terhingga kepada semua kawan kawan semua yg sudi menjengah ke laman saya yg saya namakan dengan **DAPUR IBU TOK**